Monday, December 27, 2010

tips kecantikkan


tips kecantikan

Untuk menguruskan pipi yang agak tembam bagai kuih pau yang gebu panas aish, tak perlulah nak sental-sental muka, tolak atau sampai beli face massage. Takkan muka saja nak kurus, baik kuruskan badan yang sarat dengan ternakan lemak. Saya selalu buat 3 set dengan berskipping. Aktiviti amat berkesan terutamanya masa itu pipi saya menjadi bentuk U dan hilang bentuk kontur V apabila membelasah Fish and Chip selama 30 hari. Konon tak nak makan ayam sebab alahan. Masa kita skipping ini, kita akan melompat dan ekspresi muka yang dipamerkan sebenarnya amat bagus. Kalau rasa pipi itu bergoyang masa tengah skipping, memang betul itu lemak yang harus dibuang untuk nampak cantik. Kita juga dapat membentuk tubuh badan. Adik oi, muka kurus badan macam tong gas buat apa? Jangan jadi sampai cengkung dah lah.

Kuruskan pipi menggunakan puting. Pacifier. Jangan fikir puting lain pula! Saya sekolah perempuan tak adalah malu nak buat benda ini sebab tak ada lelaki dan tak ada orang peduli. Saya dulu berhenti hisap benda ini umur 2 tahun lepas itu berhenti sebab puting masuk jamban. Terus tak minta dah. Agak kebulur sangat, benda ini boleh reduce baby fat too :) Efek sampai sekarang, saya juga sudah tidak hisap dan gigit kuku sampai gigi bawah lari track sikit.

Buat face circulation massaging semasa mencuci muka. Ok, secara jujurnya sebelum saya meningkat remaja saya tak tahu cara nak cuci sental muka apa hal ini semua. Cuma beli Olay masa umur 12 tahun dan tenyeh macam itu saja. Mana tak cik oi jerawat dok naik tang hidung. Sampai kena marah dengan ayah, barulah sibuk nak jaga kulit sampai sekarang abah pula yang annoying dengan saya. Ok, pertama sekali kena buat foaming. Basahkan seluruh muka dengan air suam. Lepas itu ratakan foaming di seluruh muka. Buat urutan di dahi dalam dua bahagian secara bulatan dalam 10 kali. Urut perlahan. Kemudian lakukan perkara yang sama di pipi, sekitar T-zone dan dagu.

Ini petua daripada nenda kesayangan yang diturunkan secara turun-temurun. Nenda saya dulu berketurunan Diraja Kedah, ada kaitan juga dengan Perak. Distant relative dan beliau juga ada salah silah dengan keturunan Siam. Petua ini nenda pesan merupakan rahsia kecantikan puteri raja. Tiap-tiap pagi, bangun awal, selawat 3 kali dan ambil air embun dan ratakan di muka. Air embun ini boleh menegangkan kulit muka. YM Tunku Aminah juga mengamalkan petua ini dan Ku Inah sangat cantik. Untuk rambut pula, ambil air embun dari daun pisang dan lumurkan atas rambut. Ini dapat melembutkan, melebatkan dan menghitamkan rambut.

Tidur jangan meniarap. Dari kecil lagi saya tak suka tidur meniarap. Dulu memang saya akui tembam juga sampai orang suka datang picit-picit, tarik-tarik pipi sampai merah. Sejak sekolah rendah saya tidur secara berpaling dan pipi menjadi semakin mengecil. Hehe. Anak dara tak baik tidur meniarap. Mak dara?

Saya jarang tak suka makan kacang kecuali kacang cap jari :) Memang susah sekali nak makan kacang goreng walaupun kacang tinggi dengan protein. Sejak tak makan kacang ini, muka saya jarang ditumbuhi jerawat yang tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Nak tumbuh pun satu saja, kecil dan hilang dalam 24 jam. Saya juga menggunakan Oxy yang amat berkesan. Oxy biasa sudahlah.

Sentiasa minum air suam. Jangan mengada-ngada nak minum air sejuk. Kurangkan juga air berkarbonat kerana air itu menghakis. Kita perlu sentiasa minum air supaya tidak berhadapan dehidrasi. Lagi banyak kita minum, lagi banyak kalori hilang, lagi cepat lemak dibuang. Minum air dengan banyak sebelum dan selepas bersukan.

Jangan sentuh muka dengan tangan. Rajin membersih muka menggunaan tisu basah. Kemudian kalau ada lebihan minyak, gunakan paper absorbent. Saya sudah tidak menggunakan paper absorbent selama 2 tahun kerana kompleksi wajah saya tidak mengalami masalah kulit berminyak.

"Rajinkan berwudhuk dan mencuci muka setiap kali ingin solat". Pagi cuma pakai pencuci muka hilangkan kotoran. Tengah hari pakai pencuci pencerah muka. Petang pakai pencuci pelembut muka. Malam pula pakai pencuci pembersih kotoran. Jangan pakai pencuci muka yang sama fungsi kerana ini akan menyebabkan kulit kering dan bermasalah.

Elakkan meletakkan rambut yang berminyak atas muka kerana minyak tersebut akan memenuhi liang roma dan seterusnya menyebabkan kehadiran jerawat.

No comments: