Tuesday, June 12, 2012

sehari bersama SEJARAH

assalammualaikum my sweet blog...best2....join aktiviti sejarah 11/6/2012.... rase nie yang terakhir join aktiviti melancong sambil belajar , lepas nie nak fokus spm pulak!!
dua orang je budak form5 (budak SPM) yang join aktiviti nie..
tapi tak menyesal la~ banyak input yang dipelajari..
terima kasih kepada guru2 yang menjadi pengiring kami..
my junior yg semua sporting..(kuat menyakat den!!)
and my lovly fren "diba"..




semua dok serbu muzium negara, yang senior nie kene laa beralah..bagi adik2 jalan dulu...;)

cikgu yang comel..kalo pakai baju sekolah..kompem orang x kenal..hahaha

muke fokus buat perhiasan zaman pra sejarah yang menggunakan bahan sekeliling.."orang pra sejarah  membangun sedikit demi sedikit dan otak mereka mula berkembang dan ini di bukti kan oleh pernemuan kulit2 siput yang mempunyai kesan lubang kecil yang boleh menghasilkan rantai kalau di gabungkan.." hambik kau!!first time mengeluarkan fakta sejarah...fuhh!!hahhaa

hasil ciptaan ku!! cehh waah....(orang muzium 2 kate siput nie di  jumpai dengan rangka mayat...seram nak pegang)


tantik x??hehhee...jual kat depan rumah rase2 laku x??hahahaa
 spirit of budo!!!itu misi ku ke "MUZIUM NEGARA"..alhamdulillah dapat jugak pegi tengok..
boyfriend ku di dalam kaca la...pandai die pegang kayu...hehehhe

banzai...!!! zaman jepon pulak..hahha

x do kojo jab...:D

mintak tunjuk ajar..pegi bertapa jab..mintak ilmu nak berperang dalam SPM...hehhehe..

story of budo...

good...
 lawatan ke area lain pulak..penat kaki makcik berjalan, tapi luas pemandangan..;)

nak naik..hehhee...

zoom target 8A....


hahaa...x de keje...:D
 intiharnya;-

cari la ilmu..pegi la sejauh mane..untuk mencari ilmu...insyaALLAH kalau panjang umur...akan ku mencari ilmu sampai mati...:)

“Barang siapa yang menghendaki dunia maka hendaknya dia berilmu. Dan barang siapa yang menghendaki akhirat maka hendaknya dia berilmu. Dan barang siapa yang menghendaki dunia dan akhirat maka hendaknya dia berilmu.”

Saturday, June 9, 2012

keredhaanNya


Assalammualaikum my v-hney...


Iman itu indah
andai kau menghiasinya dengan taqwa & taat.


Islam itu indah
andai kau tahu bagaimana untuk menghormatinya
& menuruti segala perintahNya serta meninggalkan laranganNya.


Teman itu mulia
jika dia mengetuai perjalanan kita menuju kepadaNya dengan benar.


Wanita itu cantik
andai akhlaknya mulia, mempunyai peribadi yang tinggi,
menjaga maruahnya dan suci hatinya daripada noda..

Jika satu hari kau rasa mecintai,merindui,menyayangi seorang ciptaanNya,
bangkitlah dari nafsu dunia mu,
penuhilah dada dengan keinsafan dan menjaga batas diri dari terpesong dari Nya.


Jika satu hari kau rasa kau akan terjatuh,
ingatlah bahawa Allah ada disebelahmu,
dan sentiasa memberikan kau semangat untuk terus dan terus bangun.


Jika satu hari kau rasa kau akan gagal,
ingatlah bahawa kegagalan itu adalah satu ujian.


Jika satu hari kau rasa kau tidak akan lulus ujian Tuhan ini,
janganlah kau berputus asa,
ujian Tuhan memanglah berat,
tetapi hasilnya adalah untukmu,
dan tiada lain, hanya untukmu,
kau akan mendapat darjat yang tinggi disisiNya.


Jika satu hari kau rasa kau tidak punya teman untuk mendengarkan masalahmu,
ingatlah bahawa Allah itu Maha Mendengar,
ceritakanlah segala apa yang kau mahu,
Dia pasti mendengar rintihan hatimu
dan membantumu dalam apa jua bentuk bantuan..


Jika satu hari kau rasa bosan dengan hidup,
bacalah Al Quran, hayatilah maksud disebaliknya,
sesungguhnya umat sebelummu,
lebih dasyat hidup mereka dari kehidupanmu...


Jika satu hari kau sudah bertaubat,
tetapi kau dicela, difitnah, aibmu diceritakan di mana mana,
dan memburuk-burukkan mu,
sabarlah tenanglah..




Kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Memahami.
Endahkan mereka kerana mulut manusia tidak boleh ditutup.
Biarkan mereka mengambil alih dosamu
dan kau ambillah pahala mereka seperti yang dijanjikan...


wasalam..