Sunday, February 19, 2012

senior in SMKBBS

ASSALAMMUALAIKUM...
nampak tak saye x de keje ni..update status blog la keje..kikikiki..
semua pic dalam nie bukan seni dari tangan cik adik nie tau..tapi dri MY ABAH n MY friends..:) tq aLL




lari,acara yang 4 tahun berturut2 saye x join..penat..akhir nya tahun last @ 2012 nie..saye menjoinkan diri..;)

hehe...senyum melihat ABAH tgh tggu depan rumah dengan camre canon nye..kiki..
(bangge nye, abah saye tggu depan rumah..budak2 lain x de..:D)

sambutan maulidur RASUL... 2, 3 kali teliti gamba nie..dah mcm beruang pulak..sbb ade 2 kepale yang kat belakang tu jadi mcm telinga beruang...hehhe

hero2 5B @ 5adil..pakcik ajim,luqman.syafiq,wan,taqi, adib...haaa....lagi sape ekk??lupe..hahaa

my lovely friends & sweet memory
("aza@??"  ,"dyla@bonda", "intan@mamy" ,"ME@mama","azira@umi","asma@ibu")
name dalam geng..kahkahkah,,muke ganas..dlm hati ade taman..

cakk...;) suke sangat tahun nie..banyak sangat aktiviti yang megakibat kan muke berbelang..:D  kulit muke cerah x cerah..dah mcm sesumpah pulak..."bertuka"hahhaa
lagi 1 saye dah tembam...

















sat2...ade ruang hati jab...
Bisik hatiku:

"Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku."

"Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehahanmu. Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari diri 'Lelaki yang baik untuk wanita yang baik."

Ya Allah...

Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah...

Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah...

Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah...

Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah...

cayok...!!kuat....!! LOVE U

Sunday, February 12, 2012

tanam cita-cita baru, insyaALLAH el permiso de Allah


assalammualaikum..Harinie baru dapat semangat. baru dapat tumpukan perhatian kepade cita-cita, alhamdulillah dapat seru minat nak jadi aktuari. That the bigger my ambition. Nak merialisasikan nye..semua kene ade kekuatan dari segi mental dan fikizal. insyaALLAH mulai saat nie, akan saye hargai setiap detik saat untuk capai cita-cita saya 2.. dah tak boleh selalu macam budak-budak lagi!! kene fokus.."kuat"..tak macam dulu yang tak de cita-cita kukuh langsung..=D..insyaALLAH eL permiso dE ALLAH


 "kerjaya aktuari ini adalah antara 25 most highest paid job pada masa sekarang!


Apakah yang dimaksudkan dengan sains aktuari?


Seorang aktuari merupakan ahli perniagaan profesional yang berhubungkait dengan rekacipta insurans, pencen dan program-program kewangan yang lain. Melalui aplikasi kebarangkalian, statistik, teori risiko dan prinsip-prinsip kewangan, seorang aktuari dapat mengira risiko masa hadapan berkaitan dengan program insurans, anuiti dan pencen.


Untuk mencapai kesemua ini, seorang aktuari harus terdahulunya mengumpul dan menganalisa data untuk membentuk model matematik. Model-model kebarangkalian penyakit, kematian, kemalangan dan sebagainya serta jadual-jadual kebarangkalian pengangguran dan sebagainya dibina. Selepas kesemua kebarangkalian dan kos syarikat dikira, seorang aktuari mampu menetapkan harga premium yang akan memenuhi keperluan pembayaran manfaat insurans yang dijangkakan
.
Seorang aktuari pernah dikenali sebagai arkitek kewangan dan ahli matematik kemasyarakatan disebabkan oleh kombinasi unik kemahiran analisis dan perniagaan mereka dalam menyelesaikan masalah kewangan dan sosial yang kian meningkat. Pengiraan dan perancangan seorang aktuari adalah tulang belakang industri insurans dan sekuriti kewangan. Kerja-kerja aktuari banyak melibatkan matematik, seorang aktuari juga mesti senantiasa mengikuti perkembangan isu-isu semasa dan tren perniagaan, sains kemasyarakatan , undang-undang dan ekonomi. [1]


Siapa yang sesuai untuk menjadi aktuari?
-Pelajar cemerlang yang sangat baik dalam matematik.
-Seorang suka menyelidik dan senantiasa ingin tahu yang gemar mempelajari sesuatu dan suka     menyelesaikan masalah rumit.
-Seorang yang gemar permainan strategi seperti catur dan permainan komputer yang mencabar.
-Seorang yang gemar menulis dan berkomunikasi dengan orang lain.
-Minat dalam isu-isu sejarah, sosial, perundangan dan politik.
-Seorang yang mempunyai motivasi diri dan mempunyai sifat kepimpinan. [1]
-Kebolehan yang baik dalam matematik untuk membolehkan pentafsiran ,penganalisaan dan penyelesaian masalah dilakukan.
-Pandangan praktikal
-Minda yang sentiasa analitis
-Boleh menghadapi masalah kewangan,pengurusan dan perhubungan manusia
-Boleh bertutur dan menulis dengan baik untuk tujuan komunikasi
-Pendidikan universiti dalam bidang matematik, statistic dan Sains aktuari.
-Boleh membuat keputusan dengan baik,mempunyai imaginasi dan berfikiran logic
-Kefahaman mendalam dalam ekonomi am,kecenderungan sosial ,perundangan dan kesihatan[2]"




copy & paste [Written by: Unknown]




kejarlah impian dunia dan perkukuhkan  iman akhirat dan tambahlah ilmu "sesungguhnya ilmu yg kita miliki hanya setitik air di lautan"